Hai uolss..
Salam..
Actually da lame aku nak post entry ni tapi asik x berkesempatan je, maklum la ade anak kecik kan. Hmmm, sejak Ammar lahir aku x pernah breastfeed die. Bukan aku xnak bagi or xnak kasi tapi susu aku xde, nak dijadikan hal lagi aku nye nipple xmau timbul pulak, cenoet je. So, camne dak Ammar nak sucking kan, sedih aku. Puas aku tonyoh2 mulut die kat situ, kesian die. Mule2 dulu kelakar jugak coz die jilat2 pastu terus ludah, mesti lain macam je rase, hehe. Anyway, da macam2 petua orang tue aku ikut, aku buat tapi still xde susu. Nasib baik dak Ammar merasa susu yang 1st tu @ colostrum n ade la dlm 2 3 oz gitu, kesian kan. Pastu langsung xde da susunye.. Da macam2 aku makan, pucuk betik, carrot, minum horlick, banyak la, nak tambah susu punye pasal. Last2 aku beli pil hormon untuk banyakkan susu tapi hampeh, xde makne eii. Orang kate kalo baby 1st memang camni, jarang ade susu tapi ade kemungkinan jugak, en.somi pun x minum susu ibu ye coz MIL kate die pun xde susu time 2. Tapi aku sedih n terkilan la coz x dapat breastfeed die macam orang lain, huhu. Mengikut kajian yang aku baca, baby yang minum susu ibu ni mempunyai IQ yang lebih tinggi, lagi la aku sedih hokey..
Ni la antara petikan yang aku baca..
" Bercakap soal nutrisi, memang tak dapat dinafikan susu ibu memberikan
yang terbaik. Even if syarikat susu formula melabur jutaan dolar untuk
mengkaji komponen dan komposisi nutrien dalam susu ibu untuk diadaptasi
dalam susu formula mereka, namun takkan dapat nak duduk sama level. Bercakap soal Intelligence, atau biasa kita kaitkan dengan IQ, bayi
menyusu ibu dikatakan memiliki IQ yang lebih tinggi. Benarkan itu?
Adakah itu bermakna bayi yang tidak menyusu ibu tidak cerdik atau rendah
IQ? Tidaklah begitu… kerana ibu-ibu yang prihatin pastinya mahu memberi
yang terbaik untuk bayinya. Meskipun bayi seumur 2-3 bulan diberi air
oren, namun itu pasti dari perasaan kasih sayangnya, bukan nak
menganiaya anak sendiri.
Bayi menyusu dengan ibunya, cenderung untuk memiliki IQ yang tinggi,
bukan semata-mata kerana dia minum susu ibu. Tapi proses penyusuan susu
ibu itu sendiri.. kerana itulah dikatakan penyusuan susu ibu bukan
semata-mata memberi makanan kepada anak, malah ia lebih dari itu.
Semasa menyusukan anak (secara direct feeding)…
… ibu akan merangkul anaknya rapat ke tubuhnya.. ke dadanya, ke perutnya… mata ibu bertentang dengan mata anaknya..
… ibu memegang anaknya dengan sebelah tangannya dan tangan satu lagi mengusap, mengurut, membelai anaknya…
… usaha bayi untuk ‘latching’ dan memulakan hisapan di payudara ibu adalah bukan kerja yang mudah…
… bila menyusu di payudara kanan, anggota kanan anak (terutama tangan) merayap-rayap ke anggota ibu, pegang ibu, tarik ibu, cucuk2 ibu…
… bila menyusu di payudara kiri, yang belah kiri pula merayap2..
… ibu pula memberi reaksi terhadap aksi si anak…
… ibu memegang anaknya dengan sebelah tangannya dan tangan satu lagi mengusap, mengurut, membelai anaknya…
… usaha bayi untuk ‘latching’ dan memulakan hisapan di payudara ibu adalah bukan kerja yang mudah…
… bila menyusu di payudara kanan, anggota kanan anak (terutama tangan) merayap-rayap ke anggota ibu, pegang ibu, tarik ibu, cucuk2 ibu…
… bila menyusu di payudara kiri, yang belah kiri pula merayap2..
… ibu pula memberi reaksi terhadap aksi si anak…
Privilege di atas mungkin tak dapat dirasai bila bayi diberi minum
dengan botol susu, kerana sebelah tangan ibu pegang bayi, sebelah pegang
botol. Dua2 tangan dah occupied. Dengan botol susu, sesiapa pun boleh
menyusukan bayi, bukan tertakluk kepada ibu sahaja. Proses di atas.. antara kasih sayang dan stimulasi secara tak
langsung yang diterima anak yang menyusu ibu, berperanan untuk
menyambungkan neuron otaknya. Tidak hairanlah jika dikaitkan penyusuan
susu ibu dengan IQ. Penukaran penyusuan antara payudara kiri dan kanan
juga memberi impak kepada perkembangan otak anak.
Oleh itu ibu digalakkan membanyakkan komunikasi dengan bayi semasa
proses ini.. lebih2 lagi sekiranya ibu tiada peluang untuk menyusukan
anak secara direct, bercakaplah. layanlah anak semasa menyusukannya
(dengan susu apa pun tak kisahlah). Perbuatan itula yang merangsang IQ
anak-anak kita. Lebih-lebih lagi ibu yang menyusukan anak dengan susu
ibu, gembiralah bila anak kuat menyusu dan suka mengempeng, itu adalah
tanda bayi anda sedang merangsang IQ-nya! "
Source : http://mysuperkids.net
Susu 1st dak Ammar |
Susu 2nd dak Ammar |