Pages

Tuesday 11 September 2012

Infant Formula ( Anmum Infacare vs S26)

Hai uolss..
Salam..

Actually da lame aku nak post entry ni tapi asik x berkesempatan je, maklum la ade anak kecik kan. Hmmm, sejak Ammar lahir aku x pernah breastfeed die. Bukan aku xnak bagi or xnak kasi tapi susu aku xde, nak dijadikan hal lagi aku nye nipple xmau timbul pulak, cenoet je. So, camne dak Ammar nak sucking kan, sedih aku. Puas aku tonyoh2 mulut die kat situ, kesian die. Mule2 dulu kelakar jugak coz die jilat2 pastu terus ludah, mesti lain macam je rase, hehe. Anyway, da macam2 petua orang tue aku ikut, aku buat tapi still xde susu. Nasib baik dak Ammar merasa susu yang 1st tu @ colostrum n ade la dlm 2 3 oz gitu, kesian kan. Pastu langsung xde da susunye.. Da macam2 aku makan, pucuk betik, carrot, minum horlick, banyak la, nak tambah susu punye pasal. Last2 aku beli pil hormon untuk banyakkan susu tapi hampeh, xde makne eii. Orang kate kalo baby 1st memang camni, jarang ade susu tapi ade kemungkinan jugak, en.somi pun x minum susu ibu ye coz MIL kate die pun xde susu time 2. Tapi aku sedih n terkilan la coz x dapat breastfeed die macam orang lain, huhu. Mengikut kajian yang aku baca, baby yang minum susu ibu ni mempunyai IQ yang lebih tinggi, lagi la aku sedih hokey..

Ni la antara petikan yang aku baca..

" Bercakap soal nutrisi, memang tak dapat dinafikan susu ibu memberikan yang terbaik. Even if syarikat susu formula melabur jutaan dolar untuk mengkaji komponen dan komposisi nutrien dalam susu ibu untuk diadaptasi dalam susu formula mereka, namun takkan dapat nak duduk sama level. Bercakap soal Intelligence, atau biasa kita kaitkan dengan IQ, bayi menyusu ibu dikatakan memiliki IQ yang lebih tinggi. Benarkan itu? Adakah itu bermakna bayi yang tidak menyusu ibu tidak cerdik atau rendah IQ? Tidaklah begitu… kerana ibu-ibu yang prihatin pastinya mahu memberi yang terbaik untuk bayinya. Meskipun bayi seumur 2-3 bulan diberi air oren, namun itu pasti dari perasaan kasih sayangnya, bukan nak menganiaya anak sendiri.
Bayi menyusu dengan ibunya, cenderung untuk memiliki IQ yang tinggi, bukan semata-mata kerana dia minum susu ibu. Tapi proses penyusuan susu ibu itu sendiri.. kerana itulah dikatakan penyusuan susu ibu bukan semata-mata memberi makanan kepada anak, malah ia lebih dari itu.

Semasa menyusukan anak (secara direct feeding)…
… ibu akan merangkul anaknya rapat ke tubuhnya.. ke dadanya, ke perutnya… mata ibu bertentang dengan mata anaknya..
… ibu memegang anaknya dengan sebelah tangannya dan tangan satu lagi mengusap, mengurut, membelai anaknya…
… usaha bayi untuk ‘latching’ dan memulakan hisapan di payudara ibu adalah bukan kerja yang mudah…
… bila menyusu di payudara kanan, anggota kanan anak (terutama tangan) merayap-rayap ke anggota ibu, pegang ibu, tarik ibu, cucuk2 ibu…
… bila menyusu di payudara kiri, yang belah kiri pula merayap2..
… ibu pula memberi reaksi terhadap aksi si anak…

Privilege di atas mungkin tak dapat dirasai bila bayi diberi minum dengan botol susu, kerana sebelah tangan ibu pegang bayi, sebelah pegang botol. Dua2 tangan dah occupied. Dengan botol susu, sesiapa pun boleh menyusukan bayi, bukan tertakluk kepada ibu sahaja. Proses di atas.. antara kasih sayang dan stimulasi secara tak langsung yang diterima anak yang menyusu ibu, berperanan untuk menyambungkan neuron otaknya. Tidak hairanlah jika dikaitkan penyusuan susu ibu dengan IQ. Penukaran penyusuan antara payudara kiri dan kanan juga memberi impak kepada perkembangan otak anak.
Oleh itu ibu digalakkan membanyakkan komunikasi dengan bayi semasa proses ini.. lebih2 lagi sekiranya ibu tiada peluang untuk menyusukan anak secara direct, bercakaplah. layanlah anak semasa menyusukannya (dengan susu apa pun tak kisahlah). Perbuatan itula yang merangsang IQ anak-anak kita. Lebih-lebih lagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, gembiralah bila anak kuat menyusu dan suka mengempeng, itu adalah tanda bayi anda sedang merangsang IQ-nya! "

Source :  http://mysuperkids.net

Maunye aku x sedih tapi pape pun setakat arini aku n en.somi da cube buat n bagi yang terbaik untuk Ammar, sape x sayang anak kan. Sebelum deliver aku memang xde standby susu formula pun coz aku memang da decided nak full breastfeed gitu, so apelagi kelam kabut la memasing bile da balik rumah. Nak2 time dak Ammar nangis, try tonyoh xde susu, try pump pun xde susu jugak. Adoyai, camne ni..?? En. somi pun apelagi, g la belikan Ammar susu formula n on that time cine kedai 2 cakap susu yang paling bagus n baik is Anmum Infacare, terus je la beli kan..
Susu 1st dak Ammar
Tapi bile Ammar start minum, die kerap BO n muntah tapi nampak macam kenyang. Maybe susu 2 x sesuai ngan die la kot, apelagi tukar pulak susu lain. Ayahnye beriye2 la tanye sane sini n decided tukar susu S26 pulak..

Susu 2nd dak Ammar

Lame jugak Ammar minum susu ni, lebih kurang 2 bulan lebih tapi sekarang nampak die macam x bape nak kenyang pulak, selang 2 jam je da menyusu balik. Orang kate anak lelaki memang camni, kuat susu tapi aku kesian la tengok die. Selang 2 jam tu pun, kadang2 aku sulam ngan air masak. Kalo x karang, susah pulak nak BO kan. Sekarang ni aku tengok die kerap hisap tangan, sampai basah2 sarung tangan die tu. Lapar sangat ke, kang aku bagi makan nestum lain pulak jadinye. Xkan nak kene tukar susu lagi..?? Nanti x bagus pulak untuk digestive system die, runsing aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...